Berbaloikah Bayar Fee Untuk Agent?
1. Subjektif. Tetapi saya pernah tengok owner iklankan rumah sewa dia sejak Ogos 2021, sampai harini masih tak berjaya dapatkan penyewa. Harga sewa rumah just nice, tetapi 4 bulan rugi tak ada penyewa (saya faham ramai owner masih buat penangguhan bayaran / moratorium). Sedangkan untuk agent, prospect sampai berlebihan, saya sendiri ada 4 client nak rumah sewa. Macam mana saya tahu dia cuba sewakan sejak 4 bulan lagi? Saya jumpa iklan dia di FB sejak Ogos, dan iklan tu masih recycle sampai hari ini. Di sana mereka terima kunci sejak tengah tahun ini. Sejak conversation dengan Owner rumah pada bulan September, Owner dah block number saya 🥺.
2. Dalam mudah dot my. Saya ada jumpa iklan nak jual rumah berdekatan taman perumahan saya. Saya cuba hubungi beliau melalui Whatsapp, rupanya saya pernah chat dah dengan Tuan Rumah pada tahun lepas lagi, dah setahun lebih rupanya.
3. Saya faham ramai cuba berjimat dan cuba uruskan sendiri. Sehinggakan terpaksa berkorban masa untuk buat sesuatu yang mereka tidak mahir. Sedangkan masa itu jika diconvert kepada kemahiran mereka, boleh menjana wang yang lain pula. Anda tahu bahawa untuk membuat duit, kita perlu beberapa bahan asas, iaitu Ilmu, Wang, Masa, Tenaga, Peralatan, Kemahiran.
4. Persoalan berbaloi atau tidak bayar agent fee ini boleh dirungkai melalui buku Pakar Kewangan dan Pelaburan iaitu Tuan Robert Kiyosaki. Beliau ada mengatakan “Pay your brokers well”. Ayat dia panjang, boleh gunakan kata carian ini di Google Browser. Baca part itu dan cuba fahamkan kenapa.
Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.